Saturday, May 29, 2010

CINTA SEKUNTUM BUNGA

PART 2-AKU JATUH CINTA

Aishah tercungap-cungap ketika sampai di rumahnya.'Arif Akim,padan muka,lain kali jangan nak berlagak sangat!'kata Aishah dalam hati.

"Assalammualaikum mak!"ucap Aishah.
"Waalaikummussalam!Aishah!Dah balik!"ibunya Puan Leya menyambut salam anaknya.

Aishah masuk ke dalam lalu mencium pipi ibunya.

"Macam mana sekolah hari ini?"tanya Puan Leya.
"Bagus mak..alhamdulillah,"jawab Aishah.
"Alhamdulillah..mandilah dulu..lepas ni nak kerja kan?"
"Yelah..masuk duli ye mak"

Aishah terus masuk ke dalam biliknya.

*************************************************************************************

Akim menghempaskan diri ke atas kerusi.Hatinya panas.Aril,Dafi dan Kamal hanya memerhati gelagat Akim yang sedang marah disebabkan oleh budak baru.Aril memberi signal kepada Dafi dan Kamal supaya menyuruh gadis yang ada keluar.Dafi dan Kamal hanya mengikut.

"Kau okay bro?"tanya Aril.
"Tak!"jawab Akim.
"Yo yo bro..relax arr.."kata Dafi.
"Relax?Budak tu tak kenal lagi aku siapa!"
"Kim..kau nak buat apa?"tanya Kamal.
"Aku nak balas dendam!"
"Macam mana nak balas dendam?"tanya Kamal.
"First aku nak tahu belakang dia..korang tolong cari!"kata Akim.
"Siapa?"tanya Aril.
"Of couse la tu kerja Kamal!Hahaha..kan Kim?"kata Dafi.
"Bolehkan Mal?"tanya Akim.
"Okay..sebab kau kawan aku!"balas Kamal.
"Great!Let's start working!"

*************************************************************************************

Aishah memberhentikan basikalnya di hadapan sebuah restoran.'Hot Papa Cafe'.Aishah senyum lalu masuk ke dalam.

"Babe..lambatnya kau.."sapa seorang gadis.
"Aku masuk sekolah baru babe...kau tahu kan?"kata Aishah.
"Ha!Sekolah baru!Macam mana?"tanya Liyana aka Liyana Aqilah,sahabat baik Aishah.
"Kat sekolah tu ada satu group namanya F4..Tadi diaorang buli orang,kejam giler.Pastu waktu balik tadi,boss diaorang,Arif Akim bongkak tahan aku.Masa dia nak pergi aku baling epal kat kepala dia!"cerita Aishah.
"Kau baling epal kat Arif Akim B Ahmad?"Liyana.
"Kenapa kau terkejut semacam?"tanya Aishah.
"Kau tahu tak dia tu antara lelaki idaman malaya?"
"So..aku tak ingin laki macam dia..eee..geli.."Aishah menjuirkan lidah.
"Haih Aishah..dah jumpa anak orang kaya,handsome..kau baling epal pula,"rungut Liyana.

Tiba-tiba sebuah kereta Lamborghini Reventon berhenti di hadapan restoran.Seorang lelaki turun dari kereta tersebut memakai cermin mata hitam menuju masuk ke dalam restoran.Aishah bagaikan lipas kudung berlari masuk ke dalam dapur meninggalkan Liyana seorang.

"Hai awak!"sapa lelaki tersebut.
"Err...hai.."Liyana gagap.
"Saya Kamal.."
"ERR..Owh..hi.."
"Nama awak?"tanya Kamal.
"Saya Liyana Aqilah.."Liyana memperkenalkan diri dengan kegagapan yang maksimum.
"Boleh tanya sikit tak?"
"Nak tanya apa?"
"Awak kenal Alia Aishah?"tanya Kamal.
"Kenal...kenapa?"
"Dia ada kat sini?"tanya Kamal lagi.

Liyana memandang ke belakang dan terlihat Aishah memberi isyarat supaya mengatakan tidak.

"Dia tak ada..."Liyana menipu.
"Owh..kenapa ada basikal dia kat luar?"
"Owh..tu saya yang guna.."kata Liyana,menipu lagi.
"Awak ada alamat dia?"tanya Kamal.
"Hah??"
"Kenapa?"tanya Kamal.
"Rasanya saya tak boleh bagi.."kata Liyana.
"Kenapa pula?Awak takut saya buat jahat kat dia ek?"
"Tak..saya just tak boleh bagi!Bye!"Liyana cuba lari tapi tangannya ditarik Kamal.

Semua orang di dalam restoran memandang mereka.

"Apa ni Encik?'"Liyana cuba melepaskan pegangan tapi dihalang Kamal.
"Awak jom ikut saya!"Kamal menarik tangan Liyana ke dalam kereta.

Kereta Lamborgini Reventon memecut laju meninggalkan restoran.Aishah tergamam!'Ya Allah!NANA!'

*************************************************************************************

Kereta Lamborghini Reventon berhenti di sebuah lorong.Liyana menggigil ketakutan.

"Awak nak beritahu ke tak?"tanya Kamal.
"Saya..."
"Ataupun awak nak saya..."Kamal tersenyum manis.Seharusnya senyuman itu memberi ketenangan kepada setiap gadis tetapi senyuman itu bagaikan sesuatu yang boleh membuatkan Liyana rasa nak mati sebab ketakutan.
"OKAY!SAYA AKAN BAGI!"Liyana menjerit.
"Great!Kalau dari tadikan taklah kita terpaksa pergi ke mari."
"Fine..awak menang..ini alamat dia.."

Kamal mencatat alamat yang diberi oleh Liyana.

*************************************************************************************

Liyana masuk ke dalam restoran dengan muka yang mencuka.Aishah yang ternampak kelibatnya terus menarik dia ke dalam.

"Apa jadi?Kau okay?Dia ada buat apa-apa ke kat kau?"Aishah bertanya.
"Tak..tapi.."
"Tapi apa Nana?"
"Aku dah bagi alamat kau kat dia!"
"Apa?"Aishah terkejut.
"Dia ugut nak rogol aku!Uwaaa...aku minta maaf..."Liyana menangis.
"Ni mesti kerja si bongkak tu!"
"Aku benci F4!,terutama si Kamal psycho tu"kata Liyana.
"Takpe..aku pun benci...tapi bukan Kamal..tapi si Akim bongkak!"

*************************************************************************************

Akim tersenyum melihat Aishah sampai dengan basikalnya.

"Kau buat apa kat depan rumah aku?"Aishah bertanya.
"Aku nak jumpa kau!"kata Akim.
"Kau ni gila ahh!!"
"Hahaha..aku just datang cuma nak beritahu kau esok baik kau tak payah datang sekolah!"Akim ketawa.
"Kalau aku nak datang juga?"Aishah menduga.
"Esok habislah kau mandi tepung!"

Aishah mendengus lalu masuk ke dalam rumah.

"Alia Aishah...confirm dia tak datang sekolah esok!Nampak sangat muka takut dengan aku!Kau tak aku siapa!Arif Akim Ahmad!"Akim bercakap sendirian.

*************************************************************************************

Akim duduk menghadap seorang lelaki.

"Dia ada tak?"tanya Akim.
"Tuan..dia ada dalam kelas sekarang!"kata lelaki itu.
"Apa?"Akim terkejut.
"Yeah aku menang!"Kamal memandang Dafi.
"Tapi..dia gadis.."Dafi terkejut.
"Kan aku dah kata..dia takkan takut dengan ugutan Akim.."Kamal berseloroh.

Aril memandang Akim.Akim tengah panas.

"Kim..bukan seperti biasa..dia lain.."Aril memulakan bicara.
"Kau pegang cakap aku..dia akan keluar dari sekolah ni dalam masa 3 hari!"Akim melafaz sesuatu yang dia sendiri tidak pasti akan berjaya atau tidak.
"Terpulanglah.."kata Aril lalu keluar dari bilik khas tersebut.

*************************************************************************************

Aishah berjalan menuju ke taman belakang sekolah.Tiba-tiba dia terdengar seseorang bermain gitar.

'
You're the voice i hear inside my head the reason that i'm singing,
'I need to find you...i gotta find you...
'You're the missing piece i need the one inside of me..
'I need to find you..i gotta find you..

Tiba-tiba lelaki itu berhenti bermain gitar tatkala melihat kelibat Aishah.Aishah terkejut lalu cuba untuk lari.

"Aishah..tunggu kejap!"

Aishah berpaling ketakutan.

"Saya minta maaf Senior Aril!"kata Aishah gagap.

Aril mendekatinya.

"Boleh tolong nyanyi lagu This Is Me dengan saya?"tanya Aril.
"Apa?"Aishah terkejut.
"Boleh tak?"
"Tapi saya tak pandai nyanyi.."kata Aishah.
"Takpe...asalkan boleh nyanyi ala kadar pun takpe.."kata Aril.

Aishah serba salah.

"Kalau awak tak nak saya takkan maafkan awak.."
"Aaa???"Aishah sedikit takut.
"Nak ke tak?"tanya Aril lagi.
"Okaylah senior.."jawab Aishah.

Aril senyum dan itulah senyuman yang membuat hati Aishah berkata.....
'AAAHHHH...AKU JATUH CINTA!'





Friday, May 28, 2010

CINTA SEKUNTUM BUNGA

PART 1 KAU DAN AKU

'Sungguh indahnya hari berlalu,menunggu kasih tambatan hati,'Aishah menyanyi sambil menunggang basikalnya menuju ke Sekolah Tinggi Sir Ahmad.Aishah,anak kepada Encik Hairi dan Puan Leya,bukanlah berasal dari keluarga berada.Ayahnya hanya bekerja sebagai seorang pekerja kilang manakala ibunya pula bekerja sebagai tukang cuci kain.

Aishah memandang sekolah barunya.Hatinya gelisah.Sekolah Tinggi Sir Ahmad merupakan sekolah yang dihuni hanya oleh anak-anak orang kaya dan bukannya budak miskin macam dia.'Haih..menyesalnya aku terima tawaran lelaki tu,'rungut Aishah atau Alia Aishah dalam hati.Kejadian itu berlaku semalam.Semasa balik dari sekolah,dia telah melihat seorang lelaki cuba mencuri dompet Sir Ahmad.Aishah pun dengan segera membuka silatnya menumbangkan pencuri tersebut.Kerana ingin membalas jasanya,Sir Ahmad menawarkan biasiswa untuk belajar di STSA.Pada awalnya dia menolak,tapi apabila didesak ibunya,dia pun bersetuju.

"Budak baru ke?"seorang gadi menegurnya.
"A.a..ye saya budak baru.."Aishah gementar.Dari gayanya Aishah tahu dia anak orang kaya.Memakai uniform dihiasi dengan manik-manik yang entah dari mana pun Aishah tak tahu.
"Saya Fatin Atira.Awak boleh panggil saya Fatin,"gadis itu memperkenalkan dirinya.
"Saya Alia Aishah.Panggil Aishah je.."
"Jom saya tunjukkan kelas awak.."Fatin menarik tangannya menuju ke blok utama.

Aishah mengikut Fatin macam budak kecil.Semua orang di sekeliling memandang dirinya.Terdengar bisikan 'Tu budak biasiswa tu kan'.Aishah tidak memperdulikannya.Tujuannya hanya satu iaitu untuk belajar dan mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor.Tiba-tiba semua orang berlari.Aishah memandang Fatin.Fatin memberi isyarat kepadanya supaya mengikut dia.Fatin pergi ke tepi tangga.Aishah melihat semua orang berkumpul di pintu utama.

"Kenapa ni?"tanya Aishah.
"Budak perasan handsome nak masuk,"jawab Fatin dengan nada yang menjengkelkan.

Aishah memandang ke pintu utama.Empat orang pemuda berjalan masuk seperti superstar.Aishah hairan melihat gadis-gadis di pintu utama menjerit macam orang gila.

"Kenapa ni?Apa kes?"tanya Aishah.
"Tak kenal empat ekor tu?"tanya Fatin.
"Tak.."
"Mereka tu adalah F4 yang terdiri daripada Akim aka Arif Akim B Ahmad,leader diaorang,Aril aka Aril Imran B Azzam,assistant pastu Dafi aka Adri Hadafi B Gazali dan Kamal aka Kamal Fikri B Zulkarnain gang diaorang"Fatin memberi penjelasan.
"Kenapa diaorang macam superstar?"Aishah bertanya.
"Sebab diaorang tu anak orang kaya dan juga merupakan lelaki yang dikategorikan paling hot kat sini plus mereka mempunyai kuasa besar kat sekolah ni,"terang Fatin.

Aishah menganggukkan kepalanya sambil memerhatikan Akim.'Handsome gak tapi berlagak!'Aishah mengutuk dalam hati.Seketika kemudian seorang gadis menyerahkan kek kepada Akim.Akim mengambil kek tersebut lalu melempar ke muka gadis tersebut.Aishah tersentak.'Kurang ajar!'Aishah menyumpah dalam hati.Tiba-tiba Akim memandang ke arahnya.Dia menunjukkan muka masam tanpa mengetahui akibatnya.Akim membalas renungannya lalu membisikkan sesuatu ke Aril.'Ah Aril tersenyum.Comelnya'.

**********************************

Aishah duduk tersenyum di bumbung sekolah.'Akim!KEJAM!'Aishah tiba-tiba marah apabila teringat kejadian yang berlaku tadi.

"AKIM!!!KAU KEJAM!!!!AKU BENCI KAU!"Aishah menjerit.

Aishah terdengar seorang lelaki terbatuk.Aishah memandang ke belakang.Alamak!

"Senior,saya minta maaf.."Aishah memandang muka senior tersebut.
"Awak siapa?"Tanya lelaki tersebut.
"Saya Aishah.."
"Awak benci Akim ke?"tanya lelaki tersebut.
"Err...saya..."Aishah gagap.
"Dia kawan saya..kawan baik.."
"Senior Aril..saya.."
"Takpe saya faham..cuma tadi awak jerit kuat sangat..terkejut saya"katanya.
"Ahhh...saya minta maaf senior!"Aishah terkial-kial.
"Nampaknya tempat ini dah tak aman untuk tidur.."katanya sambil memandang ke arah awan.
"Senior..."Air mata menitis di pipinya.
"Jangan nangis..."Aril mengeluarkan sapu tangan lalu mengelap air matanya.
"Senior..saya.."
"Dahlah..saya nak pergi tempat lain..jumpa lagi Alia Aishah"

Aril meninggalkan Aishah bersama sapu tangannya.'Macam mana dia tahu nama penuh aku?'Aishah tertanya.Aishah melihat sapu tangannya.Tertulis 'ARIL' di penjuru sapu tangan tersebut.'Ah..baiknya dia!'

*********************************

"Hey kau!"

Aishah terkejut apabila dia disergah dari belakang.Alamak!

"Kau Aishah kan?"lelaki itu merenung tajam ke arahnya.
"Ya,kenapa?"Aishah memberanikan diri.
"Tadi apasal kau jeling aku?"
"Sebab Senior Akim jahat!Kejam!Tak berperikemanusiaan!Tak ada perasaan!"

Akim tersentak!

"Kau..berani cakap dengan aku macam tu?"Akim terkejut.
"So?"Aishah melepaskan kemarahannnya.
"Kau..ingat!KAU DAN AKU ada masalah sekarang!"Akim mendengus.

Akim meninggalkan Aishah.Aishah dengan tiba-tiba mengambil epal dari begnya lalu membaling ke kepala Akim.Akim berpaling.

"ALIA AISHAH!"

Akim berlari ke arahnya,namun Aishah dengan kadar segeranya melarikan diri dan Akim terpaksa mengalah.

"ALIA AISHAH!KAU DAN AKU MEMANG ADA MASALAH BESAR!"

Thursday, May 27, 2010