Friday, May 28, 2010

CINTA SEKUNTUM BUNGA

PART 1 KAU DAN AKU

'Sungguh indahnya hari berlalu,menunggu kasih tambatan hati,'Aishah menyanyi sambil menunggang basikalnya menuju ke Sekolah Tinggi Sir Ahmad.Aishah,anak kepada Encik Hairi dan Puan Leya,bukanlah berasal dari keluarga berada.Ayahnya hanya bekerja sebagai seorang pekerja kilang manakala ibunya pula bekerja sebagai tukang cuci kain.

Aishah memandang sekolah barunya.Hatinya gelisah.Sekolah Tinggi Sir Ahmad merupakan sekolah yang dihuni hanya oleh anak-anak orang kaya dan bukannya budak miskin macam dia.'Haih..menyesalnya aku terima tawaran lelaki tu,'rungut Aishah atau Alia Aishah dalam hati.Kejadian itu berlaku semalam.Semasa balik dari sekolah,dia telah melihat seorang lelaki cuba mencuri dompet Sir Ahmad.Aishah pun dengan segera membuka silatnya menumbangkan pencuri tersebut.Kerana ingin membalas jasanya,Sir Ahmad menawarkan biasiswa untuk belajar di STSA.Pada awalnya dia menolak,tapi apabila didesak ibunya,dia pun bersetuju.

"Budak baru ke?"seorang gadi menegurnya.
"A.a..ye saya budak baru.."Aishah gementar.Dari gayanya Aishah tahu dia anak orang kaya.Memakai uniform dihiasi dengan manik-manik yang entah dari mana pun Aishah tak tahu.
"Saya Fatin Atira.Awak boleh panggil saya Fatin,"gadis itu memperkenalkan dirinya.
"Saya Alia Aishah.Panggil Aishah je.."
"Jom saya tunjukkan kelas awak.."Fatin menarik tangannya menuju ke blok utama.

Aishah mengikut Fatin macam budak kecil.Semua orang di sekeliling memandang dirinya.Terdengar bisikan 'Tu budak biasiswa tu kan'.Aishah tidak memperdulikannya.Tujuannya hanya satu iaitu untuk belajar dan mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor.Tiba-tiba semua orang berlari.Aishah memandang Fatin.Fatin memberi isyarat kepadanya supaya mengikut dia.Fatin pergi ke tepi tangga.Aishah melihat semua orang berkumpul di pintu utama.

"Kenapa ni?"tanya Aishah.
"Budak perasan handsome nak masuk,"jawab Fatin dengan nada yang menjengkelkan.

Aishah memandang ke pintu utama.Empat orang pemuda berjalan masuk seperti superstar.Aishah hairan melihat gadis-gadis di pintu utama menjerit macam orang gila.

"Kenapa ni?Apa kes?"tanya Aishah.
"Tak kenal empat ekor tu?"tanya Fatin.
"Tak.."
"Mereka tu adalah F4 yang terdiri daripada Akim aka Arif Akim B Ahmad,leader diaorang,Aril aka Aril Imran B Azzam,assistant pastu Dafi aka Adri Hadafi B Gazali dan Kamal aka Kamal Fikri B Zulkarnain gang diaorang"Fatin memberi penjelasan.
"Kenapa diaorang macam superstar?"Aishah bertanya.
"Sebab diaorang tu anak orang kaya dan juga merupakan lelaki yang dikategorikan paling hot kat sini plus mereka mempunyai kuasa besar kat sekolah ni,"terang Fatin.

Aishah menganggukkan kepalanya sambil memerhatikan Akim.'Handsome gak tapi berlagak!'Aishah mengutuk dalam hati.Seketika kemudian seorang gadis menyerahkan kek kepada Akim.Akim mengambil kek tersebut lalu melempar ke muka gadis tersebut.Aishah tersentak.'Kurang ajar!'Aishah menyumpah dalam hati.Tiba-tiba Akim memandang ke arahnya.Dia menunjukkan muka masam tanpa mengetahui akibatnya.Akim membalas renungannya lalu membisikkan sesuatu ke Aril.'Ah Aril tersenyum.Comelnya'.

**********************************

Aishah duduk tersenyum di bumbung sekolah.'Akim!KEJAM!'Aishah tiba-tiba marah apabila teringat kejadian yang berlaku tadi.

"AKIM!!!KAU KEJAM!!!!AKU BENCI KAU!"Aishah menjerit.

Aishah terdengar seorang lelaki terbatuk.Aishah memandang ke belakang.Alamak!

"Senior,saya minta maaf.."Aishah memandang muka senior tersebut.
"Awak siapa?"Tanya lelaki tersebut.
"Saya Aishah.."
"Awak benci Akim ke?"tanya lelaki tersebut.
"Err...saya..."Aishah gagap.
"Dia kawan saya..kawan baik.."
"Senior Aril..saya.."
"Takpe saya faham..cuma tadi awak jerit kuat sangat..terkejut saya"katanya.
"Ahhh...saya minta maaf senior!"Aishah terkial-kial.
"Nampaknya tempat ini dah tak aman untuk tidur.."katanya sambil memandang ke arah awan.
"Senior..."Air mata menitis di pipinya.
"Jangan nangis..."Aril mengeluarkan sapu tangan lalu mengelap air matanya.
"Senior..saya.."
"Dahlah..saya nak pergi tempat lain..jumpa lagi Alia Aishah"

Aril meninggalkan Aishah bersama sapu tangannya.'Macam mana dia tahu nama penuh aku?'Aishah tertanya.Aishah melihat sapu tangannya.Tertulis 'ARIL' di penjuru sapu tangan tersebut.'Ah..baiknya dia!'

*********************************

"Hey kau!"

Aishah terkejut apabila dia disergah dari belakang.Alamak!

"Kau Aishah kan?"lelaki itu merenung tajam ke arahnya.
"Ya,kenapa?"Aishah memberanikan diri.
"Tadi apasal kau jeling aku?"
"Sebab Senior Akim jahat!Kejam!Tak berperikemanusiaan!Tak ada perasaan!"

Akim tersentak!

"Kau..berani cakap dengan aku macam tu?"Akim terkejut.
"So?"Aishah melepaskan kemarahannnya.
"Kau..ingat!KAU DAN AKU ada masalah sekarang!"Akim mendengus.

Akim meninggalkan Aishah.Aishah dengan tiba-tiba mengambil epal dari begnya lalu membaling ke kepala Akim.Akim berpaling.

"ALIA AISHAH!"

Akim berlari ke arahnya,namun Aishah dengan kadar segeranya melarikan diri dan Akim terpaksa mengalah.

"ALIA AISHAH!KAU DAN AKU MEMANG ADA MASALAH BESAR!"

No comments: